Posts

Caj RM1 ATM Dimansuhkan & Cara Mudah Deposit Wang Antara Bank

Image
Berita baik untuk semua pemegang kad debit tempatan. Bermula 1 Julai 2026, caj RM1.00 yang dikenakan ke atas setiap pengeluaran wang di mesin ATM (Automated Teller Machine) akan dimansuhkan. Jadi dah boleh buat pengeluaran tunai kat mana-mana ATM secara percuma tanpa had. Ia merangkumi lebih daripada 14,000 buah mesin ATM dan Smart Recycler Machine (SRM) di seluruh negara. Dan satu info tambahan, rupanya kita boleh deposit wang melalui Bank lain. Melalui perkhidmatan Interbank Cash Deposit (IBCD) ini, anda hanya perlu pilih recipient Bank. Jadi kalau nak deposit wang ke akaun Maybank, boleh je pergi Cash Deposit Machine (CDM) Public Bank, CIMB atau BSN dan pada menu recipient tu pilih Maybank. Tak perlu pergi Maybank semata-mata. Tansaksi IBCD ini dikenakan caj RM1.00 bagi setiap transaksi. Caj ini akan ditolak terus daripada jumlah wang tunai yang anda masukkan. Perkhidmatan ini telah mula diaktifkan secara berperingkat oleh bank-bank seperti Maybank, BSN, AmBank, Public Bank, dan Hon...

Salam Maal Hijrah 1448H dan Awal Muharram

Image
Salam Maal Hijrah 1448H dan Awal Muharram yang penuh berkat.  Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita. 

Aroma Klasik Dari Dapur: Resepi Kuih Tradisional BORASA/BORASAK Sabah

Image
Saya pernah cuba resepi ni. Zaman COVID dulu. Menjadi. Tapi bila search balik kat Google, rupa-rupanya resipi asal dekat website tersebut dah tak ada. Mujur masa tu saya dah screenshot siap2. Hari ini, saya nak abadikan semula resipi Kuih Borasa/Borasak (kuih tradisional etnik Bugis) yang sangat wangi ini di blog Clause and Paws supaya ia tak hilang begitu sahaja dan untuk rujukan saya juga. Kalau anda suka kuih yang kaya dengan aroma kelapa sangai dan manis gula merah, anda wajib cuba resipi ni! Bahan-bahan:- 1 cawan telur 1 cawan gula merah - hiris halus 1 cawan kelapa parut - sangai dan blend kasar 1 cawan minyak masak 1/2 cawan gula pasir 1 sudu teh soda bikarbonat* Bijan untuk hiasan Tepung gandum secukupnya* - sangai supaya ringan Bahan bertanda * di ayak bersama Cara-cara membuatnya:- Pukul telur, gula pasir dan gula merah sehingga betul-betul kembang dan pekat seperti membuat bahulu. Masukkan minyak masak. Kacau rata dan tapis ke dalam bekas. Masukkan kelapa goreng yang dah di ...

Tirai Piala Dunia FIFA 2026 Dibuka: Anda Sokong Team Mana?

Image
Piala Dunia FIFA 2026 telah pun bermula dengan 3 buah negara menjadi tuan rumah iaitu Mexico, Canada dan USA. Sepak mula bermula dengan perlawanan di antara tuan rumah Mexico menentang Afrika Selatan pada 11 Jun 2026 di Estadio Azteca. Acara perasmian pembukaan telah diadakan pada 11 Jun 2026 di Stadium Bandar Raya Mexico (Estadio Azteca). Lagu tema rasmi bertajuk "Dai Dai" dinyanyikan secara bertenaga oleh Shakira dan Burna Boy pada malam tersebut. Dengan saingan hebat di antara 48 pasukan yang bertanding pasti kejohanan ini lebih dramatik. Jadi anda sokong team mana ? Kalau sebelum ni saya root for Germany, tahun ni saya sokong France sekali lah. Hehe. Sambil sembang pasal team pilihan ni, saya ada pasang gajet Live Score khas di blog ni. Anda boleh klik pada widget tersebut di bahagian sidebar untuk semak keputusan perlawanan terkini secara langsung. Tak payah susah-susah tukar tab lain dah! 😉 The Verdict is Yours. 

Transaksi Online: Fahami Langkah Keselamatan dan Hak Anda Sebagai Pengguna

Image
Transaksi Online: Fahami Langkah Keselamatan dan Hak Anda Sebagai Pengguna Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diketahui oleh Pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian secara online:- Sebelum membeli sesuatu barang, layar lebih daripada satu laman web yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga; Setiap pembelian barang perlu disertakan dengan invois daripada Penjual; Dapatkan data peribadi dan nombor telefon Penjual; Pembelian secara online memerlukan data peribadi pembeli seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun atau nombor kad kredit yang dianggap sulit jadi pastikan laman web yang dikunjungi diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik; Pastikan alamat laman web berkenaan tertera https:// berbanding http://. Ini kerana https merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna; Simpan resit pembayaran; Berjaga-jaga apabila membayar menggunakan kad kredit, jangan mudah mendedahkan empat nombor kad kred...

Lambakan Kafe Viral: Di Sebalik Trend Estetik & Ancaman Manis

Image
Perkembangan industri kafe begitu memberangsangkan mutakhir ini. Ia sedikit sebanyak kesan daripada boikot ke atas produk/ barangan luar negara dan kempen menyokong produk tempatan. Namun hal yang demikian, minuman viral yang ditawarkan/ dijual di pasaran ini terlalu manis yang mana boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan dalam tempoh jangka masa panjang. Kita boleh lihat sekarang ini anak-anak muda kebanyakannya mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Laporan oleh World Obesity Atlas 2026 juga mendedahkan kira-kira 2.85 juta kanak-kanak di Malaysia mengalami obesiti. Ini adalah artikel yang disiarkan oleh Harian Metro. Krisis Obesiti Anak Muda Ini adalah antara kesan pengambilan minuman yang tidak terkawal dan tidak mengira diet harian seperti disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk perlindungan kesihatan yang lebih baik, KKM menyarankan untuk mengurangkan jumlah pengambilan gula sebanyak 5 sudu teh untuk dewasa dan 2.5 sudu teh un...

Beli Rumah Pertama: 5 Perkara Penting Anda Boleh Pertimbangkan

Image
Beli Rumah Pertama: 5 Perkara Penting Anda Boleh Pertimbangkan Membeli rumah impian sememangnya satu proses yang mengujakan. Namun tanpa persediaan betul, perjalanan ini boleh bertukar mengelirukan. Sebelum anda menandatangani apa-apa d okumen atau booking form , ini senarai perkara penting yang anda boleh pertimbangkan: 1) Direct Pemaju atau Subsale?: Anda mahu beli rumah baharu yang sedang dibina oleh pemaju atau rumah second-hand (subsale)? Rumah pemaju biasanya menawarkan pakej menarik seperti diskaun bumiputera atau free legal fees .  Rumah subsale pula kelebihannya ialah rumah dah siap, kawasan matang dan anda boleh tengok keadaan fizikal rumah terus sebelum beli. 2) Jenis Rumah: Adakah anda lebih selesa duduk di rumah bertanah ( landed ) seperti teres atau rumah bertingkat ( high-rise ) seperti apartmen atau kondominium?  Jangan lupa semak status tanah sama ada Freehold atau Leasehold . 3) Kos Yuran Guaman: Ramai pembeli rumah pertama terlepas pandang perkara ini. ...