Aroma Klasik Dari Dapur: Resepi Kuih Tradisional BORASA/BORASAK Sabah
Saya pernah cuba resepi ni. Zaman COVID dulu. Menjadi. Tapi bila search balik kat Google, rupa-rupanya resipi asal dekat website tersebut dah tak ada. Mujur masa tu saya dah screenshot siap2.
Hari ini, saya nak abadikan semula resipi Kuih Borasa/Borasak (kuih tradisional etnik Bugis) yang sangat wangi ini di blog Clause and Paws supaya ia tak hilang begitu sahaja dan untuk rujukan saya juga. Kalau anda suka kuih yang kaya dengan aroma kelapa sangai dan manis gula merah, anda wajib cuba resipi ni!
Bahan-bahan:-
- 1 cawan telur
- 1 cawan gula merah - hiris halus
- 1 cawan kelapa parut - sangai dan blend kasar
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Bijan untuk hiasan
- Tepung gandum secukupnya* - sangai supaya ringan
Bahan bertanda * di ayak bersama
Cara-cara membuatnya:-
- Pukul telur, gula pasir dan gula merah sehingga betul-betul kembang dan pekat seperti membuat bahulu.
- Masukkan minyak masak. Kacau rata dan tapis ke dalam bekas.
- Masukkan kelapa goreng yang dah di blend kasar tadi.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan seperti membuat kuih bahulu. Adunan seharusnya tidak cair dan tidak pekat. Kacau rata.
- Panaskan acuan bahulu dalam oven 170 darjah.
- Keluarkan acuan dan gris dengan minyak. Minyak kena bubuh lebih supaya kuih senang dikeluarkan.
- Tuang adunan 3/4 penuh dari acuan.
- Tabur sedikit bijan untuk hiasan.
- Bakar 180-190 sehingga bertukar warna gelap atau sehingga masak.
- Keluarkan kuih yang telah masak. Gris acuan setiap kali adunan nak diletakkan.
Selamat mencuba.
Info: Sukatan cawan boleh ditukar kepada sukatan mangkuk untuk kuantiti yang lebih banyak.

Comments