Beli Rumah Pertama: 5 Perkara Penting Anda Boleh Pertimbangkan
Beli Rumah Pertama: 5 Perkara Penting Anda Boleh Pertimbangkan
Membeli rumah impian sememangnya satu proses yang mengujakan. Namun tanpa persediaan betul, perjalanan ini boleh bertukar mengelirukan.
Sebelum anda menandatangani apa-apa dokumen atau booking form, ini senarai perkara penting yang anda boleh pertimbangkan:
1) Direct Pemaju atau Subsale?: Anda mahu beli rumah baharu yang sedang dibina oleh pemaju atau rumah second-hand (subsale)? Rumah pemaju biasanya menawarkan pakej menarik seperti diskaun bumiputera atau free legal fees. Rumah subsale pula kelebihannya ialah rumah dah siap, kawasan matang dan anda boleh tengok keadaan fizikal rumah terus sebelum beli.
2) Jenis Rumah: Adakah anda lebih selesa duduk di rumah bertanah (landed) seperti teres atau rumah bertingkat (high-rise) seperti apartmen atau kondominium?
Jangan lupa semak status tanah sama ada Freehold atau Leasehold.
3) Kos Yuran Guaman: Ramai pembeli rumah pertama terlepas pandang perkara ini. Membeli rumah bukan sekadar bayar downpayment. Sediakan bajet asing untuk yuran peguam (legal fees), penyediaan dokumen SPA (Sales and Purchase Agreement) dan Pinjaman Perumahan (termasuk duti setem).
4) Lokasi Rumah & Fasiliti: Adakah lokasi tersebut praktikal untuk kehidupan seharian?
Pastikan kawasan perumahan tersebut dekat dengan fasiliti penting seperti kedai runcit, masjid/surau, pasar raya dan shopping mall untuk mudahkan urusan harian. Fikirkan juga jarak ke tempat kerja, sekolah anak dan akses lebuh raya atau pengangkutan awam.
5) Bayaran-Bayaran Lain: Komitmen bulanan bukan sekadar bayaran pinjaman Bank sahaja. Sediakan juga bajet untuk kos penyelenggaraan (maintenance fee) jika tinggal di rumah bertingkat, cukai pintu, cukai tanah serta kos insurans perlindungan rumah (MRTT/MLTT).
Membeli hartanah adalah satu pelaburan besar dan memerlukan perancangan yang teliti. Ambil masa anda dan buat kajian yang secukupnya dari sudut undang-undang dan kewangan.
Kongsi pandangan atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.👇


Comments