Lambakan Kafe Viral: Di Sebalik Trend Estetik & Ancaman Manis
Perkembangan industri kafe begitu memberangsangkan mutakhir ini.
Ia sedikit sebanyak kesan daripada boikot ke atas produk/ barangan luar negara dan kempen menyokong produk tempatan.
Namun hal yang demikian, minuman viral yang ditawarkan/ dijual di pasaran ini terlalu manis yang mana boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan dalam tempoh jangka masa panjang.
Kita boleh lihat sekarang ini anak-anak muda kebanyakannya mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Laporan oleh World Obesity Atlas 2026 juga mendedahkan kira-kira 2.85 juta kanak-kanak di Malaysia mengalami obesiti. Ini adalah artikel yang disiarkan oleh Harian Metro. Krisis Obesiti Anak Muda
Ini adalah antara kesan pengambilan minuman yang tidak terkawal dan tidak mengira diet harian seperti disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk perlindungan kesihatan yang lebih baik, KKM menyarankan untuk mengurangkan jumlah pengambilan gula sebanyak 5 sudu teh untuk dewasa dan 2.5 sudu teh untuk kanak-kanak (iaitu separuh bagi jumlah sudu teh yang disyorkan).
Di sini lah peranan penting yang perlu dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga. Pantau pengambilan makanan dan minuman anak-anak. Terutama yang sedang membesar. Guru-guru dan pentadbir di sekolah juga turut main peranan sama. Pantau makanan yang disediakan oleh pihak kantin dan penjaja di luar sekolah. Selalu ingatkan anak murid betapa bahaya nya pengambilan gula berlebihan kepada kesihatan badan. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Pada mereka yang sedang bekerja pula, beringatlah dan amalkan kesedaran bahawa makanan dan minuman manis ini hanya membawa malapetaka ke atas kesihatan. Sayangi diri anda. Kurangkan gula dalam minuman dan tambahkan manis dalam senyuman.
Sekian.



Comments