Beli Rumah Pertama: 5 Perkara Penting Anda Boleh Pertimbangkan
Beli Rumah Pertama: 5 Perkara Penting Anda Boleh Pertimbangkan Membeli rumah impian sememangnya satu proses yang mengujakan. Namun tanpa persediaan betul, perjalanan ini boleh bertukar mengelirukan. Sebelum anda menandatangani apa-apa d okumen atau booking form , ini senarai perkara penting yang anda boleh pertimbangkan: 1) Direct Pemaju atau Subsale?: Anda mahu beli rumah baharu yang sedang dibina oleh pemaju atau rumah second-hand (subsale)? Rumah pemaju biasanya menawarkan pakej menarik seperti diskaun bumiputera atau free legal fees . Rumah subsale pula kelebihannya ialah rumah dah siap, kawasan matang dan anda boleh tengok keadaan fizikal rumah terus sebelum beli. 2) Jenis Rumah: Adakah anda lebih selesa duduk di rumah bertanah ( landed ) seperti teres atau rumah bertingkat ( high-rise ) seperti apartmen atau kondominium? Jangan lupa semak status tanah sama ada Freehold atau Leasehold . 3) Kos Yuran Guaman: Ramai pembeli rumah pertama terlepas pandang perkara ini. ...