Posts

Showing posts with the label makanan kucing Misha

Marhaban Ya Ramadan 1443H

Image
Hari ni puasa masuk hari yang ke-4. Sahur tadi bangun pukul 5 pagi. Tahun ni nak khatam Al-Quran lagi. Jadi setiap jam, kena baca sekurang-kurang nya 4 muka surat, insyaAllah sempat lah khatam nanti sebelum Raya.  Hari ni juga order kibbles untuk kucing. Dah bayar tu baru perasan ada kibbles lain jenama Wetland harga kurang dari RM60 untuk 10kg, tidak termasuk postage. Tapi nak kena beli trial pek dulu, bimbang tak sesuai dengan kucing. Sebelum ni bagi kucing makan kibble jenama Powercat, tapi yang jantan kerap kucing berdarah. Bila tukar Misha, takde dah masalah kencing berdarah. Order sekali scratching board untuk kucing. Kat mana-mana dah mencakar kucing ni. Sofa pun dah lunyai. Nak recap pengalaman puasa tahun ni.  Puasa hari Pertama Kami sekeluarga berbuka dengan mee goreng, kuih muih yang mak buat. Adik bancuh air sirap. Fatimah pun teman berbuka. Selepas Isyak kami menunaikan solat sunat Terawih di rumah.  Puasa hari Kedua Hari ni berbuka special sikit. Nasi berian...