Aroma Klasik Dari Dapur: Resepi Kuih Tradisional BORASA/BORASAK Sabah
Saya pernah cuba resepi ni. Zaman COVID dulu. Menjadi. Tapi bila search balik kat Google, rupa-rupanya resipi asal dekat website tersebut dah tak ada. Mujur masa tu saya dah screenshot siap2. Hari ini, saya nak abadikan semula resipi Kuih Borasa/Borasak (kuih tradisional etnik Bugis) yang sangat wangi ini di blog Clause and Paws supaya ia tak hilang begitu sahaja dan untuk rujukan saya juga. Kalau anda suka kuih yang kaya dengan aroma kelapa sangai dan manis gula merah, anda wajib cuba resipi ni! Bahan-bahan:- 1 cawan telur 1 cawan gula merah - hiris halus 1 cawan kelapa parut - sangai dan blend kasar 1 cawan minyak masak 1/2 cawan gula pasir 1 sudu teh soda bikarbonat* Bijan untuk hiasan Tepung gandum secukupnya* - sangai supaya ringan Bahan bertanda * di ayak bersama Cara-cara membuatnya:- Pukul telur, gula pasir dan gula merah sehingga betul-betul kembang dan pekat seperti membuat bahulu. Masukkan minyak masak. Kacau rata dan tapis ke dalam bekas. Masukkan kelapa goreng yang dah di ...