Caj RM1 ATM Dimansuhkan & Cara Mudah Deposit Wang Antara Bank

Berita baik untuk semua pemegang kad debit tempatan. Bermula 1 Julai 2026, caj RM1.00 yang dikenakan ke atas setiap pengeluaran wang di mesin ATM (Automated Teller Machine) akan dimansuhkan. Jadi dah boleh buat pengeluaran tunai kat mana-mana ATM secara percuma tanpa had.
Ia merangkumi lebih daripada 14,000 buah mesin ATM dan Smart Recycler Machine (SRM) di seluruh negara.
Dan satu info tambahan, rupanya kita boleh deposit wang melalui Bank lain. Melalui perkhidmatan Interbank Cash Deposit (IBCD) ini, anda hanya perlu pilih recipient Bank. Jadi kalau nak deposit wang ke akaun Maybank, boleh je pergi Cash Deposit Machine (CDM) Public Bank, CIMB atau BSN dan pada menu recipient tu pilih Maybank. Tak perlu pergi Maybank semata-mata.
Tansaksi IBCD ini dikenakan caj RM1.00 bagi setiap transaksi. Caj ini akan ditolak terus daripada jumlah wang tunai yang anda masukkan.
Perkhidmatan ini telah mula diaktifkan secara berperingkat oleh bank-bank seperti Maybank, BSN, AmBank, Public Bank, dan Hong Leong Bank.
Comments