Transaksi Online: Fahami Langkah Keselamatan dan Hak Anda Sebagai Pengguna

Transaksi Online: Fahami Langkah Keselamatan dan Hak Anda Sebagai Pengguna

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diketahui oleh Pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian secara online:-
  1. Sebelum membeli sesuatu barang, layar lebih daripada satu laman web yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga;
  2. Setiap pembelian barang perlu disertakan dengan invois daripada Penjual;
  3. Dapatkan data peribadi dan nombor telefon Penjual;
  4. Pembelian secara online memerlukan data peribadi pembeli seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun atau nombor kad kredit yang dianggap sulit jadi pastikan laman web yang dikunjungi diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik;
  5. Pastikan alamat laman web berkenaan tertera https:// berbanding http://. Ini kerana https merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna;
  6. Simpan resit pembayaran;
  7. Berjaga-jaga apabila membayar menggunakan kad kredit, jangan mudah mendedahkan empat nombor kad kredit yang terakhir dan nombor di belakang kad debit anda; dan
  8. Faham terma dan syarat sebelum membuat transaksi.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang 'mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.
Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.


Sekiranya anda inin membuat laporan/aduan berkenaan transaksi yang dilakukan, sila rujuk laman sesawang ini.
Saluran Untuk Membuat Aduan

Comments

Popular posts from this blog

Awas! Barang tiruan

Lambakan Kafe Viral: Di Sebalik Trend Estetik & Ancaman Manis