Beli rumah landed atau bertingkat?



Kalau rumah landed ni selesa, ada parking space sendiri, tak perlu naik lif. Komitmen anda untuk bayar installment rumah bulan- bulan (bagi yang membuat pinjaman), bayar cukai pintu/ cukai taksiran (dua kali setahun), cukai tanah/quit rent setahun sekali dan Indah Water/sewerage charges (dua kali setahun).



Berbanding dengan rumah bertingkat (high-rise building) samada condominium atau flat/apartment, anda kena park kereta di kawasan yang telah disediakan. Komitmen termasuk bayaran bulanan dengan Bank, maintenance charges dibayar dengan JMB/management body setiap bulan, cukai pintu bagi dua penggal setahun dan Indah Water.

Jadi berusaha lah menabung, kalau belum mula menabung, mula lah sekarang, anda tidak pernah terlewat. Simpan duit untuk bayar deposit rumah, biasanya dalam 10% harga jual beli. Dan bayaran wang beza sekiranya loan anda kurang daripada wang baki yang kena dibayar kepada Penjual nanti. Juga, bayaran guaman untuk jual beli dan pinjaman bank kelak serta kos Penilaian (Valuation fee). Bayaran sampingan ni biasanya dalam 2-3% daripada harga rumah.

Ramai pembeli tidak arif tentang transaksi jual beli rumah. Dapatkan nasihat dari ejen hartanah dan peguam anda. Berkenaaan dengan pinjaman bank, berurusan lah terus dengan banker.

Moga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Awas! Barang tiruan

Transaksi Online: Fahami Langkah Keselamatan dan Hak Anda Sebagai Pengguna

Lambakan Kafe Viral: Di Sebalik Trend Estetik & Ancaman Manis