Tahukah anda sekarang ni lambakan barangan tiruan di pasaran semakin sukar dikawal. Tambahan lagi, barangan tiruan ini mudah didapati secara belian atas talian. Meski barang tiruan menjanjikan harga yang berkali ganda lebih murah berbanding harga produk asal dan ianya mampu milik, namun sedarkah anda bahawa membeli barang tiruan ini ada keburukannya. Dengan harga yang murah, sudah tentu barang tiruan ini dihasilkan dengan sumber dan kos paling minima, supaya produk itu boleh dijual pada harga rendah, jadi barangan tiruan ini kurang berkualiti. Cepat lusuh, mudah koyak dan tidak tahan lama. Barangan elektrik di Malaysia misalnya mesti mendapat kelulusan Sirim sebelum dijual ke pasaran. Produk dengan kelulusan Sirim mencapai standard khusus sesuatu barangan, misalnya aspek keselamatan. Kalau beli pelurus rambut atau hari straightener tanpa cop Sirim, alih2 masa guna tu rambut terbakar, sapa nak jawab?? Beli barang ada label Sirim (dan ini adalah artikel dari Sinar Harian ber...
Transaksi Online: Fahami Langkah Keselamatan dan Hak Anda Sebagai Pengguna Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diketahui oleh Pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian secara online:- Sebelum membeli sesuatu barang, layar lebih daripada satu laman web yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga; Setiap pembelian barang perlu disertakan dengan invois daripada Penjual; Dapatkan data peribadi dan nombor telefon Penjual; Pembelian secara online memerlukan data peribadi pembeli seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun atau nombor kad kredit yang dianggap sulit jadi pastikan laman web yang dikunjungi diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik; Pastikan alamat laman web berkenaan tertera https:// berbanding http://. Ini kerana https merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna; Simpan resit pembayaran; Berjaga-jaga apabila membayar menggunakan kad kredit, jangan mudah mendedahkan empat nombor kad kred...
Perkembangan industri kafe begitu memberangsangkan mutakhir ini. Ia sedikit sebanyak kesan daripada boikot ke atas produk/ barangan luar negara dan kempen menyokong produk tempatan. Namun hal yang demikian, minuman viral yang ditawarkan/ dijual di pasaran ini terlalu manis yang mana boleh memberi kesan kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan dalam tempoh jangka masa panjang. Kita boleh lihat sekarang ini anak-anak muda kebanyakannya mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Laporan oleh World Obesity Atlas 2026 juga mendedahkan kira-kira 2.85 juta kanak-kanak di Malaysia mengalami obesiti. Ini adalah artikel yang disiarkan oleh Harian Metro. Krisis Obesiti Anak Muda Ini adalah antara kesan pengambilan minuman yang tidak terkawal dan tidak mengira diet harian seperti disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk perlindungan kesihatan yang lebih baik, KKM menyarankan untuk mengurangkan jumlah pengambilan gula sebanyak 5 sudu teh untuk dewasa dan 2.5 sudu teh un...
Comments