Jerebu
Jerebu kini menjadi masalah wajib tahunan sejak 20 tahun lepas. Kualiti udara menjadi teruk, dan setakat minggu lepas Malaysia menjadi negara pertama dengan pencemaran udara tertinggi. Bagaimana ini boleh terjadi? Punca utama nya kerana aktiviti pembakaran hutan yang berleluasa. Bukan sahaja di dalam negara, malah pembakaran yang berlaku di Indonesia. Tidak dikawal. Tiada pemantauan daripada pihak berwajib. Penguatkuasaan yang lemah menjadikan aktiviti pembakaran ini semakin tidak terkawal. Ditambah lagi dengan taburan hujan yang kurang menyebabkan kualiti udara semakin tidak sihat. Perkara ini menjejaskan aktiviti harian manusia. Aktiviti luar terbatas. Udara yang tidak sihat ini memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kanak- kanak, orang tua dan orang yang menghidap penyakit asma. Di negara ini sahaja, beratus- ratus sekolah terpaksa ditutup membabitkan beribu pelajar sekolah. Aktiviti luar juga terpaksa dibatalkan. Meski saban tahun pelbagai usaha dilakukan o...