Zaman kini kanta lekap menjadi alternatif di kalangan pemakai cermin mata berkanta. Pemakaian kanta lekap yg mudah, faktor penampilan dan keyakinan diri menjadi faktor utama perkara ini. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi trend di kalangan selebriti dan artis tanah air. Malah, kanta lekap berwarna yg berada di pasaran kini turut menjadi pilihan bagi mereka yg ingin kelihatan bergaya. Kanta lekap yg ditawarkan termasuklah jenis 'big eyes', anak mata anda kelihatan besar dan buntang seperti baby doll. Terdapat dua jenis kanta lekap, berwarna dan tidak berwarna (clear). Ada yg boleh dipakai di siang hari atau malam, setiap hari/minggu/bulan atau pakai buang. Kebiasaannya, hayat kanta lekap adalah selama 1 bulan atau 3 bulan selepas dibuka. Terpulang kepada citarasa anda dan pertimbangkan pemakaian kanta lekap bergantung kepada tempat/keadaan yg anda hadiri. Pada hemat saya, elokah memakai kanta lekap tidak berwarna untuk aktiviti formal, ke sekolah/kolej/universiti...